"Kita cuba, sebab mula-mula mereka sasarkan akhir tahun sudah, tapi dalam Sidang Kemuncak Asia Timur di Bali, saya kata tak mungkin, tak boleh menjadi kenyataan, tetapi kita harap menjelang akhir tahun ini," kata perdana menteri.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucap tama di Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-20 mengenai Masa Depan Asia bertema "Rising Asia - Messages for the Next 20 Years" yang diadakan di sini, Khamis.