suria

MAS Nafi Tutup Operasi Pada 28 Mei

Ahmad Jauhari Yahya

PETALING JAYA: Malaysia Airlines (MAS) pada Khamis menafikan bahawa syarikat penerbangan itu akan menutup operasinya pada 28 Mei.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya berkata dakwaan tersebut yang dibuat dalam beberapa artikel mengambil sumber tidak rasmi dan telah menimbulkan keresahan di kalangan penumpangnya.

"Walaupun terdapat khabar angin itu, kami masih mengekalkan komitmen kami untuk kekal berdaya saing, dengan sentiasa melihat pasaran yang lebih besar.

"Sebagai contoh, Malaysia Airlines Travel Fair (MATF) membolehkan pelancong untuk membeli tiket kami dengan 50 peratus diskaun untuk perjalanan segera sehingga 31 Disember 2014," katanya dalam kenyataan media, Khamis.

Katanya, penumpang tidak perlu berasa bimbang kerana syarikat itu menjalankan perniagaan seperti biasa.
MAS, tutup operasi, 28 Mei

Artikel Berikut

Artikel Lain