"Feng Yi sangat takut pada mulanya, sebaik sahaja ia biasa dengan anda, ia sangat mudah mengenali anda melalui derapan tapak kaki dan ia akan berlari ke arah anda," kata Dr Li yang menjaga dua ekor panda berkenaan sejak mereka masih kecil.
Dr Li dalam satu temubual eksklusif bersama The Star di Zoo Negara pada Khamis berkata, dua ekor panda berkenaan sudah mula menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru namun mereka masih lagi menunjukkan perasaan takut.