"Tiada coklat Cadbury yang lain dipengaruhi dengan DNA porcine dalam ujian itu," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pihak syarikat ingin memberi jaminan kepada pengguna bahawa semua coklat Cadbury yang dikeluarkan di Malaysia disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) termasuk lokasi dan bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan produk.
"Kami sedang menjalankan kajian penuh rantaian bekalan bagi memastikan semua standard kualiti terus dipatuhi.
"Kami mengamalkan prosedur kualiti yang ketat untuk memastikan produk kami mencapai standard tertinggi keselamatan dan kualiti," katanya.