Beliau berkata kerajaan negeri menggesa Kementerian Dalam Negeri untuk mempercepatkan proses mencari lokasi baharu dan sesuai untuk membina sebuah pusat tahanan baharu bagi menggantikan pusat tahanan sedia ada.
"Kemudahan sedia ada yang sudah berabad lamanya tidak lagi mencukupi untuk menampung bilangan besar penghuni dan kakitangan dan kita perlu mencari penyelesaian untuk mengatasi perkara itu bagi mencegah wabak penyakit pada masa depan," katanya.
Beliau mengulas mengenai isu itu selepas menghadiri program pencegahan denggi di Kolej Sains Bersekutu di Kempas di sini Sabtu.
Meningococcal meningitis adalah radang selaput otak yang disebabkan oleh jangkitan bakteria 'Neisseria Meningitidis' dan antara simptomnya adalah kekejangan di bahagian leher, demam, merasa sensitif terhadap sumber cahaya, menjadi keliru, sakit kepala dan muntah.
Ia boleh membawa maut atau menyebabkan kemudaratan yang besar tanpa rawatan segera.