Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Aziz berkata, ketiadaan calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding antara faktor penyumbang kepada kemerosotan itu.
"Bila tak tanding, pengundi rasakan tak perlu turun mengundi kerana DAP sudah pasti menang.
"Mungkin ia juga disebabkan penyokong BN tak mahu keluar mengundi atau pengundi di luar Pulau Pinang tak balik mengundi," katanya pada sidang media di Dewan Sri Pinang di sini, Ahad malam.
Malah, beliau turut menolak keadaan cuaca atau isu keselamatan mahupun ketenteraman awam mempengaruhi penurunan itu.
"Sasaran kita pada pagi tadi tidak tercapai. Saya tak tengok ada sebab lain kerana ini antara PRK yang paling aman selepas Balingian," katanya.
"Namun saya akan mengkaji dengan teliti faktor-faktor penurunan jumlah keluar mengundi," katanya.
Sementara itu, beliau berkata daripada 17 Pusat Daerah Mengundi (PDM), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kong Ming Cawangan 2 mencatatkan jumlah pengundi teramai iaitu sebanyak 63.64 peratus atau 1,727.
Manakala, jumlah paling kecil direkodkan di SK Sungai Gelugor iaitu sebanyak 36.47 peratus atau 2,682 pengundi.