Pegawai kanan Balai Bomba Meru Raya Mohd Nasir Mohd Arshad berkata bas tersebut sedang dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang dari Cameron Highlands dalam kejadian yang berlaku pada pukul 6.40 petang.
"Tujuh anggota bomba bergegas ke tempat kejadian apabila menerima panggilan pada pukul 6.43 petang dan berjaya memadamkan api selepas satu jam.
"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
Tiada kecederaan dilaporkan.