Jurucakap bahagian komunikasi korporat UIA berkata hujan lebat itu menyebabkan air mencecah sehingga ke paras pinggang dan menenggelamkan kereta penuntut dan kakitangan universiti itu.
"Banjir itu dipercayai berpunca daripada sungai di kawasan UIA yang tidak dapat menampung kuantiti air yang banyak di kawasan rendah sehingga menyebabkan air melimpah ke jalan raya," katanya pada Rabu.
Bagaimanapun, beliau berkata keadaan kembali terkawal apabila air surut kira-kira sejam kemudian.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kejadian itu tidak menjejaskan operasi harian universiti termasuk penuntut yang sedang menduduki peperiksaan semester, katanya.