Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok ASP Azmi Mokhtar berkata bayi itu ditemui pemilik rumah kedai berkenaan, Seman Salleh, 68, dan isterinya, Zuraini Abdul Wahab, 43.
"Ketika dijumpai pada kira-kira 5.30 pagi, bayi dengan tali pusat yang belum tertanggal itu sedang menangis sebelum dibawa masuk ke dalam rumah," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata bayi itu dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk pemeriksaan serta tindakan lanjut dan polis akan membuat semakan dengan klinik kesihatan di kawasan Bachok untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab meninggalkan bayi berkenaan.
"Apabila diberikan susu, dalam dua minit dia terus senyap. Ketika dijumpai, dia dalam keadaan menangis, muka ditutup dan dibungkus dengan tuala dalam kotak air mineral," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Tawang berhubung penemuan itu.