Mereka datang dengan sepanduk dan poster untuk memprotes pemecatan Ketua Pemuda MIC cawangan di Kedah K.Somasundaram, yang juga termasuk dalam kumpulan protes tersebut.
Antara yang tertulis pada sepanduk-sepanduk yang dibawa termasuklah 'Selamatkan MIC', 'Nijhar adalah Tumor' MIC dan 'Masa Untuk Penggantian'.
Mereka kemudian menyerahkan memorandum kepada Nijhar.
"Kami telah memberikan Nijhar dua minggu untuk menjawab tetapi dia diam," katanya.
Subash berkata Somasundaram hanya meminta presiden parti Datuk Seri G. Palanivel menjelaskan mengenai kelewatan dalam pelantikan senator yang dikhaskan untuk MIC.
"Dua jawatan masih kosong sejak awal 2012 dan sehingga kini tiada sebarang penggantian daripada parti. Pimpinan parti tidak diberi penerangan," katanya.
Somasundaram dipecat pada 12 Mei kerana kenyataannya itu.
Subash berkata mereka juga tidak berpuas hati apabila jawatankuasa tatatertib tidak bertindak terhadap Ketua Penerangan L.Sivasubramaniam yang telah memanggil Ketua Pemuda MIC C. Sivarraajh meletakkan jawatan tanpa asas.