Ini penting memandangkan generasi muda inilah kelak yang akan menambil alih peranan yang lebih besar dalam ekonomi, kata Najib dalam ucaptama pada Invest Malaysia di sini Isnin.
"Apabila tenaga kerja meningkat, kerajaan akan terus mengukur pendapatan negara kasar sebagai langkah penting kejayaan," katanya.
Najib berkata golongan muda hari ini menyaksikan dunia yang lebih terbuka, saling berhubungan, lebih kompleks dan dahaga untuk mengisinya dengan cara terbaik.
"Kami memberikan pengalaman dan kewajaran, namun kami tidak selalu dapat membayangkan trajektori kehidupan dan kerjaya yang akan diambil oleh generasi muda ini.
"Kami boleh dan akan melakukan lebih banyak lagi bagi memastikan pandangan mereka bukan sekadar didengar malah diambil kira dalam membuat dasar," kata Najib.
Najib berkata gaji pada 32.9 peratus keluaran dalam negara kasar Malaysia yang lebih rendah berbanding pasran maju, dengan angka hampirkepada 40 peratus dan gaji dan produktiviti meningkat selari.
Beliau berkata mengurus kos hidup dan mengekalkan inflasi pada kadar rendah meupakan saran utama ekonomi.
"Berdasarkan angka-angka utama ini, kita juga perlu perakui bahawa pemahaman orang ramai mengenai pembangunan sebahagian besarnya dibentuk bukan oleh faktor ekonomi," katanya.