Pada April, MDA dan comScore melaporkan laman web The Star (www.thestar.com.my) mempunyai 971,000 pelawat unik, menjadikan ia yang pertama di kalangan portal berita lain dan menduduki tempat kelima daripada 30 laman web tempatan di negara ini.
The Star Online turut mengatasi portal berita Malaysiakini.com yang berada di tempat kelapan dengan 897,000 pelawat unik manakala Themalaysian insider.com.my di tempat kesembilan dengan 789,000 pelawat unik.
Selain itu, satu lagi portal berita online, Themalaymailonline.com, menduduki tempat ke-30 dengan 318,000 pelawat unik.
Antara yang mengisi kelompok lima terbaik termasuk laman web e-dagang, Mudah.my yang berada di tempat kedua, cimbclicks.com.my di tempat ketiga manakala Airasia.com di tempat keempat.
Mudah.my mempunyai 2,089,000 pelawat unik manakala cimbclicks.com.my mencatatkan 1,108,000 pelawat unik dan Airasia.com dengan 1,062,000 pelawat unik.