Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar pada Selasa berkata, tiga perkara utama perlu diberi perhatian.
"Pertamanya isu dalaman iaitu mengenai produktiviti MAS. Kedua, sebagai syarikat penerbangan negara, kita perlu jelas mengenai syarikat penerbangan yang bagaimana kita mahukan khususnya mengenai daya saing.
"Dan yang ketiga ialah berkaitan isu kepimpinan yang merupakan perkara yang sangat mencabar," katanya.
Bercakap kepada pemberita di Invest Malaysia 2014, Azman berkata, adalah amat mencabar bagi kepimpinan MAS dan "kami amat hargai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahaya dan pasukannya bekerja bekerja kuat untuk syarikat itu."