Mengesahkan kejadian tersebut, Petronas dalam kenyataannya berkata tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran tersebut.
Penjelasan itu juga sekaligus menjawab pelbagai teka-teki dan andaian yang diperkatakan di laman sosial sejak awal pagi tadi kononnya kejadian langit merah itu berpunca daripada fenomena alam.
Menjelas lanjut, Petronas berkata tiada sebarang penempatan komuniti di sepanjang saluran paip yang terbakar itu kerana yang paling dekat terletak kira-kira sembilan kilometer daripada tempat kejadian.
Kebakaran itu yang bermula pukul 2 pagi telah berjaya dipadamkan dan siasatan sedang dijalankan untuk mencari punca kejadian, kata Petronas.