suria

PM Minta Semua Pihak Bantu Gelandangan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis meminta semua pihak bersama-sama membantu golongan gelandangan di negara ini.

Di laman Twitternya, perdana menteri berkata 'Ops Qaseh' di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah antara inisiatif kerajaan dalam membantu golongan itu.

"Dalam menuju ke arah Malaysia yang maju, jangan kita lupa kepada keperluan orang gelandangan," katanya menerusi catatan Twitter terbaharunya.

Najib mengulas pautan berita Bernama bertajuk 'Ops Qaseh Bagi Tangani Masalah Gelandangan' yang dikeluarkan pada Rabu.

Berita itu memetik kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim bahawa Ops Qaseh akan dilancarkan bermula Julai ini bagi menangani isu orang gelandangan di sekitar ibu negara.

Jelas Rohani, mereka yang dikesan akan ditempatkan di Desa Bina Diri (DBD) sekurang-kurangnya selama sebulan sebelum diserah kepada pihak berkaitan untuk bantuan lanjut. 

Melalui operasi ini, mereka akan diberi perlindungan serta khidmat kaunseling, bimbingan agama, kemahiran diri dan sebagainya di DBD, katanya.

Gelandangan

Artikel Lain