TELUK INTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri perjumpaan tertutup dengan pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri di sini, Sabtu. Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri DrAhmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden Umno dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga Pengerusi BN Perak. Turut serta dalam perjumpaan itu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang juga Bendahari Umno, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong yang juga Anggota Parlimen Teluk Intan dan Pengerusi MIC Perak Datuk R. Ganesan. Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN tiba di Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan di sini pukul 10 pagi dan perjumpaan itu berakhir pada 10.55 pagi. Sejurus tiba, Najib yang memakai songkok dengan lilitan kain berwarna putih disambut oleh anggota-anggota wanita dan pemuda BN Teluk Intan. Najib kemudian hadir pada majlis pelancaran projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang berlangsung di Dataran Menara Condong.