Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin ASP Mohd Razali Razak berkata mayat Rosli a/l Kam Pak Chin, 20, ditemui terbaring berhampiran motosikalnya di Jalan Ladang Far East Kedaik kira-kira jam 3.30 pagi.
"Mayat mangsa ditemui oleh kenalan rapatnya yang kemudianya memaklumkan kepada keluarga mangsa sebelum kakak mangsa membuat laporan polis.
"Kakaknya juga memaklumkan terdapat kesan darah serta kecederaan pada rusuk kiri adiknya," katanya ketika dihubungi di sini Ahad.
Katanya mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Daerah Rompin untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.