suria

Warden Penjara Didakwa Terima Rasuah

ALOR SETAR: Seorang warden penjara berusia 32 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini Ahad atas sembilan kesalahan rasuah.

Muhammad Hafizal Che Dan, didakwa menerima rasuah daripada lima individu antara 19 Januari 2012 dan 14 Januari 2013 di Jitra ketika beliau menjadi warden di penjara Tapah di Perak.

Kesemua kesalahan itu dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekiranya disabitkan bersalah.

Hakim Azhar Mokhtar menetapkan ikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin. Sehingga berita ini ditulis, Hafizal tidak memohon ikat jamin.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mukhriz Mat Rus membuat pendakwaan terhadap Hafizal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain