Mesyuarat dua hari itu dihadiri oleh semua Raja Melayu kecuali Pahang.
Yang turut hadir ialah semua Yang Dipertua Negeri.
Raja-Raja Melayu diiringi menteri besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Melaka diiringi oleh ketua menteri mereka.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dijadual berangkat menghadiri majlis santapan malam ini bersempena mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu itu.
Seri Paduka juga dijadual berangkat ke mesyuarat majlis itu esok.