Mubarak Selangor berkata kedua-dua institusi itu, yang diwujudkan bagi mentadbir dan mendaulatkan agama Islam di Selangor, telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab itu dengan cemerlang.
"Memandangkan agama Islam adalah di bawah bidang kuasa Sultan Selangor (Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah), cadangan ini merupakan satu persendaan dan tentangan terhadap kuasa Baginda dan Raja-Raja Melayu.
"Mubarak Selangor ingin menegaskan bahawa semua wakil rakyat Selangor sepatutnya taat dan setia kepada Negeri dan Rajanya," kata Mubarak Selangor dalam kenyataan di sini.
Cadangan itu bagi memastikan kerajaan Selangor tidak lagi perlu menerima arahan daripada MAIS berhubung penguatkuasaan hal ehwal agama Islam di negeri itu.
Perkara itu susulan keputusan MAIS yang tidak bersetuju memulangkan 300 kitab Bible versi Bahasa Melayu setelah dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) daripada Persatuan Bible Malaysia pada Januari lepas.