Ketua Pengarahnya Datuk Mustafa Ibrahim berkata kes kemalangan serta penculikan melibatkan pelajar ketika di sekolah di bandar besar agak tinggi.
"Sebelum ini kita memang telah meletakkan anggota di sekolah-sekolah... namun kita terpaksa hentikan pada November lalu ekoran kekurangan dana," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Briged Relasis Politeknik peringkat negeri Terengganu di sini Sabtu.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Politeknik Datuk Mohlis Jaafar.
Beliau berkata Rela akan juga meletakkan kembali anggotanya bertugas di negeri-negeri Perak, Perlis dan Kelantan, yang bersempadan dengan negara jiran.
Ini bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan penyeludupan diesel dan sebagainya.