suria

Bot Terbalik Di Sepang: Mayat Ketiga Ditemui

Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika mengangkat mayat pertama mangsa bot karam di Beacon Api Gila, perairan Sepang, Sabtu lalu.
PELABUHAN KLANG: Mayat ketiga dipercayai daripada bot pancung membawa 27 warga Indonesia yang terbalik di Beacon Api Gila, perairan Sepang Rabu lepas dijumpai di Sepat Beacon pagi Isnin. 

Ketua Penguatkuasa Maritim Klang, Kapten Maritim Mohd Aliyas Hamdan berkata mayat lelaki itu ditemui oleh bot Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM)
pada pukul 11.05 pagi. 

"Bagaimanapun, buat masa ini kita masih menyiasat untuk mendapatkan pengesahan seratus peratus sama ada mayat ini terlibat dalam kes bot karam Beacon Api Gila, perairan Sepang ataupun di perairan Sungai Air Hitam, Pulau Carey," katanya dalam satu sidang akhbar di sini Isnin. 

Mayat pertama kejadian bot itu dijumpai pada Sabtu lepas di Sepat Beacon, manakala mayat kedua dijumpai di kawasan Batu Laut pada pukul 9.35 pagi semalam. 

Katanya, pihaknya akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat melibatkan kejadian bot itu yang memasuki hari keenam hari ini.

Dalam kejadian Rabu lepas itu, empat hilang dan yang lain terselamat.
bot terbalik, Beacon Api Gila

Artikel Lain