suria

Raja Melayu Diminta Tidak Campuri Urusan Perniagaan - Tun M

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Raja-Raja Melayu seharusnya tidak mencampuri urusan perniagaan kerana mereka mungkin menerima layanan istimewa atau pihak tertentu akan mengambil kesempatan terhadap perkara itu.

Dr Mahathir yang dipetik dari portal berita dalam talian The Mole bahawa membenarkan aktiviti-aktiviti tersebut akan memberi kesan kepada negara maka terdapat keperluan untuk menyuarakan bantahan.

Mengenai cakap-cakap bahawa Raja-Raja mungkin melampaui batas sempadan mereka dengan melibatkan diri dalam perniagaan, bekas Perdana Menteri memberikan hujahannya bahawa rakyat perlu bersuara apabila pelanggaran berlaku.

"Kami telah menyediakan undang-undang dan Raja-Raja yang ditetapkan kita sebagai pemerintahan beraja seperti dalam perlembagaan. Tetapi di dalam pelaksanaannya mereka (Raja-Raja) melakukan sesuatu yang tidak termasuk dalam peranan mereka.

"Mereka pergi dan melakukan sesuatu dan kita tidak berkata apa-apa. Mereka pergi untuk melakukan lebih banyak lagi sehingga mereka menjadi ahli perniagaan. Mereka membuat tawaran untuk projek dan sudah tentu, mereka sangat dihormati dan orang lain tidak akan menolak tawaran mereka dengan mudah," kata Dr Mahathir dipetik sebagai berkata.

"Orang lain mendapati sukar untuk menjalankan perniagaan kerana mereka tidak boleh bersaing dengan mereka. Maka adalah perlu untuk membangkitkan hal ini. Ia amat tidak menyenangkan kerana saya menghormati Raja-Raja. Mereka adalah Raja-Raja kita, tetapi jika anda menghentikan amalan ini, akan ada orang lain yang mahu mempergunakan Raja-Raja untuk tujuan mereka sendiri."

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, semua pihak perlu diingatkan bahawa pindaan sebelum ini kepada Perlembagaan telah dilakukan untuk mengekalkan kedudukan Raja-Raja di negara ini dan Raja-Raja pula tidak perlu terlibat dalam pentadbiran negeri dan juga dalam tawaran perniagaan.

Artikel Lain