suria

Polis Nafi Tiga Gadis Dibunuh Di Taman Rimba Putrajaya

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Selasa menafikan khabar angin kononnya tiga gadis dibunuh dalam belukar di Presint 5, Taman Rimba Putrajaya di sini, baru-baru ini.

PDRM menerusi laman facebooknya menyatakan setakat ini, polis tidak menerima sebarang maklumat dan laporan berkaitan kes itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihat agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Tindakan itu boleh menyebabkan seseorang individu didakwa mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Artikel Lain