suria

Dua Panda Gergasi Diberi Nama Baharu 'Xing Xing' Dan 'Liang Liang'

Liang Liang (kiri) dan Xing Xing.

KUALA LUMPUR: Dua ekor panda gergasi yang diterima Malaysia daripada China diberikan nama baharu sebagai 'Xing Xing' dan 'Liang Liang'.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pelancaran Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi di sini mengumumkan nama panda jantan yang sebelum ini adalah Fu Wa telah ditukarkan kepada Xing Xing dan panda betina iaitu Fen Yi, diberikan nama Liang Liang, yang masing-masing bermaksud 'kemakmuran' dan 'cantik'.

"Panda-panda ini sekarang mempunyai dua nama, satu yang diberikan oleh China dan satu lagi diberikan oleh Malaysia," katanya.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menganjurkan satu pertandingan untuk mencadangkan nama baharu buat kedua-dua panda berkenaan dan menerima kira-kira 2,000 cadangan.

Pasangan panda tersebut tiba di Malaysia pada 21 Mei lalu sebagai simbolik jalinan diplomatik selama 40 tahun antara Malaysia dan China.

Malaysia akan menjadi tempat tinggal buat Xing Xing dan Liang Liang untuk selama 10 tahun.

Artikel Berikut

Artikel Lain