Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan berkata Hamzah akan memaklumkan kepada mereka tentang usaha terkini di peringkat tiga pihak yang melibatkan China, Australia dan Malaysia serta sumbangan Malaysia.
Hamzah, yang juga pengerusi Jawatankuasa Waris, mengetuai delegasi itu, yang turut dianggotai pengerusi tiga jawatankuasa peringkat menteri mengenai MH370.
Mereka ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi bagi Jawatankuasa Teknikal, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri (Jawatankuasa Pergerakan Aset) dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari (Jawatankuasa Perhubungan, Komunikasi dan Media).
Pesawat Boeing 777-200 ke Beijing bersama 239 penumpang dan anak kapal itu hilang pada 8 Mac, kira-kira sejam selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL.