suria

Portfolio Mah Sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Diperinci

Datuk Mah Siew Keong
PETALING JAYA: Datuk Mah Siew Keong yang baharu dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Rabu telah diperincikan portfolio beliau, menurut pegawai-pegawai parti. 

Antara tanggungjawabnya adalah menyelia Unit Inovasi (Unik), yang ditubuhkan pada tahun 2010 untuk mengukuhkan strategi dan dasar bagi menggalakkan inovasi di negara ini, dengan menjalinkan kerjasama erat dengan Pusat Inovasi Negara.

Mah yang juga presiden Gerakan, juga mempunyai tanggungjawab untuk melihat perkara-perkara melibatkan Lembaga Wakaf Hindu, yang mentadbir khazanah seperti tanah, hartanah, tanah perkuburan atau dana yang diberikan untuk faedah masyarakat Hindu.

Ahli Parlimen Teluk Intan ini juga bertanggungjawab terhadap organisasi yang berurusan dengan tenaga nuklear dan Kumpulan Teknologi Tinggi Industri-Kerajaan Malaysia (Might).

Mah juga akan menjaga Persatuan Penjaja dan menjaga kebajikan mereka.

Mah sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa pada tahun 2004 dan kemudian sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di antara tahun 2006 dan 2008.

Mah diberikan jawatan dalam Kabinet selepas beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei dan mengangkat sumpah sebagai Menteri pada 27 Jun.
portfolio, Mah Siew Keong

Artikel Lain