Wee berkata perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan mereka sebelum mesyuarat kabinet pada Rabu.
"Saya akan cuba sedaya upaya membantu dan menangani masalah yang sedang dihadapi mereka," katanya dalam sidang media, di sini.
Wee yang juga Timbalan Presiden MCA menganggap portfolionya satu tugas yang agak berat memandangkan terdapat 607 kampung baharu Cina dan sejumlah besar peniaga serta pengusaha industri kecil dan sederhana yang memerlukan perhatian serius.
Menurutnya portfolio menjaga hal ehwal kampung baharu itu bukan suatu yang baharu kerana pada tahun 1970-an tugas tersebut digalas oleh Tan Sri Michael Chen Wing Sum sebelum dimasukkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.