Beliau berkata perbincangan itu sekali gus akan membantu mengurangkan golongan gelandangan.
"Mereka yang berumur 60 tahun ke atas yang hidup sebatang kara, daripada merayau di jalanan, lebih baik mereka ditempatkan di rumah kebajikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program 'Sinar Kasih Ramadan' di Anjung Singgah, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di sini, Khamis.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Dalam pada itu, Rohani berkata pemberi sedekah pula boleh menyalurkan bantuan mereka melalui program tanggungjawab sosial atau tabung khas yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Ia bukan bermaksud untuk menghentikan galakan si pemberi untuk menderma (secara terus) tetapi ia perlu melalui cara yang betul untuk membantu dalam jangka masa panjang," katanya.
Sementara itu, Rohani berkata sejumlah 1,028 gelandangan mendaftar di Anjung Singgah YKN dan 500 daripadanya sudah mendapat pekerjaan.