"Jam 6.30pm tadi...saya telah selamat mengucap syahadah saya di sebuah masjid di TTDI.
"Alhamdullilah...selamat bergelar seorang muslimah walaupun diberi extra dugaan hari ini," demikian tulis Felixia di akaun Twitternya.
Difahamkan dia memeluk agama Islam di hadapan empat orang saksi yang turut dihadiri ibunya.
"The Chinese Girl in Hijab, A Malaysian Chinese-Muslim (Gadis Cina berhijab, rakyat Malaysia berbangsa Cina-Islam)," demikian tulisnya.
Felixia, 28, memilih 5 Ramadan sebagai tarikh untuk memeluk agama Islam sempena hari ulang tahun kelahirannya pada Khamis.
Sebelum ini dia mengumumkan untuk mengekalkan nama asalnya selain menambah nama baharu iatu 'Rania' yang dikatakan diperoleh menerusi mimpi.
Sejak awal pagi Khamis, timbul sedikit salah faham di kalangan wakil media berhubung lokasi Felixia akan memeluk Islam.
Bagaimanapun bekas model majalah antarabangsa termasuk majalah Playboy itu memberitahu mStar Online bahawa dia sememangnya tidak membenarkan sebarang liputan media mengenai majlis pengislamannya.