suria

Pengundian Awal Pemilu Kecoh Kerana Poster Prabowo-Hatta

Sumanti Dana Walujo (kanan) menunjukkan poster Prabowo-Hatta yang diedarkan di kawasan letak kereta di Kedutaan Indonesia pada Sabtu.

KUALA LUMPUR:  Pengundian awal pemilihan umum (Pemilu) Presiden Indonesia di kedutaan negara di sini itu pada Sabtu berlangsung secara aman walaupun berlaku kekecohan pada sebelah pagi.

Kekecohan itu berlaku apabila poster calon presiden, Prabowo-Hatta diedarkan di kawasan letak kereta pada pagi itu.

Suasana bagaimanapun kembali pulih apabila pegawai yang bertugas berjaya menangani kekecohan itu dengan baik.

Displaying AN2014060504.jpg
Kekecohan timbul selepas poster Prabowo-Hatta ditemui di kawasan letak kereta berdekatan Kedutaan Indonesia.

Seorang pengundi, Sumanti Dana Walujo, 57, berkata, dia berang apabila menemui poster Prabowo Hatta di atas cermin keretanya sebelum menyerahkan ia kepada pegawai bertugas.

"Pilihan raya besar ini tidak seharusnya dicemari  dengan kempen 'hitam'.

"Kemenangan tidak harus dikuasai dengan kecurangan," katanya yang berasal dari Solo dihadapan Kedutaan Besar Indonesia sambil menerima sorakan ramai.

Sumanti bersama keluarganya memilih untuk membuang undi di negara ini ketika mereka sedang bercuti selama tujuh hari.



Pemilu, Indonesia

Artikel Berikut

Artikel Lain