Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi itu, mangsa yang berusia 66 tahun difahamkan baharu pulang dari pasar dan memberhentikan kenderaannya di hadapan rumahnya di taman itu.
Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Jauteh Dikun berkata siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan kesan geseran di belakang badan, siku dan kesan hentakan di dahi kanan dipercayai akibat terjatuh.
"Mangsa didatangi seorang lelaki sebaik membuka pagar rumahnya yang cuba untuk membawa lari kenderaannya. Mangsa cuba menghalang suspek dengan memegang tombol pintu kenderaan di bahagian pemandu namun tidak diendahkan suspek dan terus membawa lari kereta itu.
Jauteh berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.
Menurutnya, polis giat memburu suspek berkenaan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.