suria

MBM Dekati Asnaf Menerusi Jelajah Imarah Ramadan

Golongan asnaf yang memerlukan wajar dibantu untuk mendapat keberkatan Ramadan. Gambar Hiasan.
SEREMBAN: Jelajah Imarah Ramadan 1435H akan mendekatkan golongan belia denga kegiatan sukarelawan, selain menyemarakkan penghayatan bulan mulia ini.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Zaidi Aziz berkata, program dua minggu itu akan berakhir 18 Julai ini menyasarkan kumpulan asnaf yang memerlukan bantuan.

"Konvoi berkereta ini akan menjelajah ke seluruh negara bermula di Negeri Sembilan dan berakhir di Kedah.

"Ia akan disertai 40 belia dari badan gabungan MBM dan belia di negeri dan daerah yang disinggahi," katanya.

Mohd Zaidi berkata, konvoi berkenaan juga akan singgah di lokasi yang dikenal pasti untuk menziarahi dan menyampaikan sumbangan, di samping bersahur atau berbuka puasa bersama masyarakat setempat.

Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang konvoi antaranya gotong-royong dan memasak bersama penduduk setempat, bantuan sumbangan serta menziarahi rumah anak yatim, hospital dan sekolah pondok.

"Golong sasar ialah asnaf seperti fakir miskin, mualaf, ibu tunggal, anak yatim, sekolah pondok, orang kelainan upaya serta warga emas," katanya.


MBM, Jelayah Imarah Ramadan

Artikel Lain