suria

'Pengembara' Mampu Sewa Bilik

Asiah Md Ariff.
JOHOR BARU: Kebanyakan golongan 'pengembara' ini sanggup tidur di atas kerusi di Kompleks Pemeriksaan Kastam dan Imigresen ( CIQ) Johor Bahru kerana mereka tidak mampu menyewa bilik di seberang tambak. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Asiah Md Ariff, berkata secara puratanya golongan berkenaan memperoleh gaji sekitar S$1,000 (RM2,561) dan S$2,000 (RM5,123).

Walaupun mampu untuk menyewa bilik, kumpulan 'pengembara' ini sanggup tidur dalam Kompleks CIQ dan JB Sentral. 

Kadar sewa bilik di Singapura ialah antara  S$350 (RM890) sebulan sedangkan di JB Sentral sewanya sekitar RM350.

"Kerajaan negeri sentiasa cuba untuk membantu golongan seperti ini, namun agak sukar apabila mereka memilih untuk hidup dengan cara seperti itu," kata Asiah kepada The Star. 

Asiah merasakan kumpulan tersebut lebih suka untuk tinggal di CIQ dan JB Sentral kerana selain daripada menjimatkan kos, mereka juga tidak perlu beratur panjang pada setiap pagi untuk masuk ke Singapura. 


"Kebanyakan mereka dibayar gaji mengikut jam dan ada juga yang bekerja lebih masa, oleh yang demikian mereka hanya memerlukan sedikit masa untuk rehat," katanya. 

Asiah berkata terdapat tawaran tempat tinggal percuma di Anjung Kasih, di Bangunan MCA, Jalan Segget di sini. Bagaimanapun kumpulan tersebut hanya boleh tinggal selama dua minggu sahaja. 

Exco Kerajaan Negeri itu berkata setakat ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengadakan 69 operasi bagi membanteras kumpulan pengembara dan peminta sedekah. 

Tambahnya, tahun lalu seramai 75 gelandangan ditahan ketika 262 operasi yang diadakan di sekitar bandar raya itu.


pengembara, CIQ

Artikel Lain