suria

Pengurus Ternakan Ikan Warga China Diculik Dibebaskan

Yang Zai Lin.

KOTA KINABALU: Pengurus ternakan ikan warga China, Yang Zai Lin, 34, yang diculik di Lahad Datu pada 6 Mei lalu dibebaskan oleh kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pembebasan itu dan berkata, Yang telah dibawa ke Sandakan dan akan dihantar ke Kuala Lumpur pada petang Khamis sebelum dihantar pulang ke China.

Yang yang merupakan seorang pengurus di Wonderful Terrace Fish Farm di Lahad Datu, diculik oleh lima lelaki bersenjata warga Filipina pada 6 Mei lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain