Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata selain itu, pihaknya akan mengaturkan satu majlis berbuka puasa dengan golongan kurang bernasib baik itu dalam masa terdekat bagi mengetahui lebih lanjut mengenai masalah yang mereka hadapi.
"Kita tak nak mereka (hidup) bergelandangan. Saya kasihan tengok (gelandangan) kerana saya berjalan di seluruh Kuala Lumpur dan tahu keadaan kehidupan mereka.
Insya-Allah kita akan selesaikan sebaik mungkin kerana kerajaan ini kerajaan yang prihatin terhadap masalah rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Nur Kasih Ramadan peringkat Parlimen Lembah Pantai di Taman Pantai Indah Fasa 2 di sini, Sabtu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melakukan tinjauan secara mengejut aktiviti dapur jalanan di sekitar Jalan Tun Perak di sini baru-baru ini berkata sebuah tempat khas untuk menempatkan golongan gelandangan di ibu kota dijangka siap dalam tempoh enam bulan lagi.
Najib berkata selain menyediakan tempat tidur pada waktu malam buat gelandangan, tempat khas itu juga akan dilengkapi kemudahan bilik mandi serta lokar untuk menyimpan barangan golongan kurang bernasib baik itu.