Teguran itu dibuat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehari selepas wakil rakyat PAS itu dilabel sebagai biadap, kerana mempersoalkan peranan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu.
“Saya rasa dalam melakukan dan juga untuk menjaga ketenteraman, kejayaan sesuatu pengurusan itu bukan sahaja perlu mengikut lunas undang-undang, tetapi adab dan tertib juga harus kita utamakan.
“Dalam senario di Malaysia, oleh kerana kita ada sistem raja berpelembagaan jadi kita kena mengambil kira perkara tersebut,” katanya pada sidang media di Shah Alam pada Rabu.
Menyifatkan wakil rakyat PAS itu bersikap biadap, baginda bertitah supaya Khalid yang bukan berasal dari Selangor supaya memahami sejarah negeri dan mendalami undang-undang yang terpakai di Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.