suria

Lebih 900 Anggota Bomba KL Dikerah Bertugas Sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mengerah 941 anggota dari 17 buah balai untuk bertugas dalam Ops Raya 2014 bermula Ahad ini.


Pengarahnya, Khiruddin Drahman berkata, anggota akan bertugas secara syif 24 jam dalam tempoh 20 hari itu.

Beliau memberitahu Bernama, tahun lalu, pihaknya menerima 109 kes dalam tempoh 10 hari sebelum Syawal dan 83 kes dalam tempoh 10 hari selepas Aidilfitri.

bomba, Syawal

Artikel Lain