suria

Bot Bawa Pati Langgar Kapal APMM, Tujuh Lagi Mayat Ditemui

Salah sebuah kapal yang dimiliki pasukan penguatkuasaan Maritim Malaysia. (Gambar hiasan)
JOHOR BARU: Tujuh lagi mayat berjaya ditemui dalam insiden pelanggaran membabitkan bot membawa pendatang tanpa izin dengan kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Tanjung Piai, Isnin lalu.

Penemuan terbaharu itu menjadi jumlah yang maut kepada 11 orang.

Seorang pegawai yang terlibat dengan operasi mencari dan menyelamat itu berkata, kira-kira 61 orang berjaya diselamatkan setakat ini.

Tujuh mayat yang ditemui itu terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita.

APMM sedang menjalankan operasi menangkap pendatang tanpa izin apabila kejadian itu berlaku.

Difahamkan bot itu sedang membawa pendatang tanpa izin ke Indonesia.

APMM telah melancarkan misi mencari dan menyelamat untuk mencari penumpang yang masih hilang.
APMM, Pati, langgar

Artikel Lain