suria

Jangan Dengar Khabar Angin Mengenai Serangan Kumpulan Bersenjata Sulu

Datuk Seri Musa Aman
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta orang ramai supaya jangan mendengar khabar angin mengenai serangan yang akan dilakukan oleh kumpulan bersenjata Sulu di Sabah.

"Rakyat tidak harus mendengar khabar angin seperti itu dan mula panik," kata beliau dalam kenyataan di sini Khamis.

Musa berkata keselamatan yang diperketatkan, terutama di pantai timur Sabah, adalah sebahagian daripada langkah strategik yang diambil oleh pasukan keselamatan bagi membendung sebarang ancaman yang berpotensi.

"Mereka harus berwaspada sepanjang masa," katanya. 

Beliau juga berkata khabar angin yang disebarkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab itu adalah bertujuan menimbulkan ketakutan dan panik dalam kalangan rakyat.
Sulu, Datuk Seri Musa Aman

Artikel Lain