suria

Warga Emas Mangsa Buli Jalanan Mahu Kiki Dimaafkan

Sim Siak Hong
KUANTAN: Warga tua mangsa buli jalanan mahu wanita yang berang terhadapnya dimaafkan walaupun kemarahan orang awam terhadap wanita itu masih belum reda.

Sim Siak Hong, 68, merayu kepada orang ramai supaya memaafkan Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30.

"Dia telah memohon maaf kepada saya dan kejadian itu sudah berakhir. Saya berharap orang ramai boleh memaafkannya dan juga berhenti mengkritiknya dan bercakap yang buruk-buruk tentang dirinya.

"Selepas apa yang berlaku, ia bukanlah sesuatu yang serius. Kita boleh memaafkan orang-orang yang membunuh, kenapa kita tidak boleh memaafkannya atas insiden kecil ini?," katanya ketika ditemui di sini, Khamis. 

Sim berkata kepercayaan Katolik mengajarnya menjadi pemaaf dan mempunyai sifat belas kasihan terhadap mereka yang telah melakukan kesilapan.

"Saya hanya bimbang tentang kemungkinan dia akan didakwa di mahkamah. Saya melihat laporan berita yang mengatakan dia boleh dikenakan denda dan juga penjara. Ia merupakan hukuman mengejutkan untuk kesalahan kecil seperti itu.

"Apabila saya dipanggil untuk memberi kenyataan, saya meminta polis menggunakan kuasa mereka sebaiknya untuk memberitahu Ketua Polis Negara supaya tidak mendakwa wanita itu tetapi jika ia di luar kawalan saya, saya hanya boleh berdoa agar dia tidak dikenakan tindakan," katanya.

Mengenai bagaimana dia mampu bersabar semasa kejadian itu, Sim berkata 40 tahun berkhidmat di hospital awam adalah faktor penyumbang.

"Saya merupakan ketua jabatan kecemasan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini dan saya telah melihat banyak kemalangan. Saya perlu sentiasa bertenang, jika tidak, saya tidak akan dapat membantu pesakit," katanya.

Sim berkata Siti Fairrah mungkin tidak dapat mengawal dirinya pada hari itu dan akhirnya hilang sabar.

"Saya faham anak-anak muda hari ini boleh cepat hilang sabar. Agama saya mengajar saya untuk bertenang dalam situasi seperti itu. Saya juga banyak berdoa dan ia membantu untuk memastikan saya sentiasa tenang," katanya.

Sim berkata dia didenda RM200 oleh polis kerana menyebabkan kemalangan tetapi dia juga sanggup menggunakan wang itu untuk membayar ganti rugi kepada Siti Fairrah. 

"Saya bersedia untuk membayar tetapi kemudian dia mula mengetuk kereta saya dengan kunci stereng saya sendiri. Akhirnya kami membuat pihak polis.

"Sekarang polis berkata memberitahu dia tidak boleh membuat tuntutan insurans kerana nilai kerosakan keretanya adalah kurang daripada RM200.

"Dia tidak mendapat faedah dengan bertindak agresif," katanya.

Sim berkata dia mungkin tidak akan membaiki keretanya kerana dia ingin menyimpan kesan kemalangan sebagai kenangan dari kejadian itu.

Kiki, buli jalanan

Artikel Lain