Facebook milik Angeline yang berusia dalam lingkungan lewat 20-an dipenuhi dengan ucapan dan doa supaya dia selamat kembali.
Rakan sekerjanya yang terlihat namanya dalam senarai penumpang menulis dalam laman media sosial itu meminta agar Angeline menghubunginya segera.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Ukraine berkata kesemua 298 penumpang termasuk anak kapal menaiki pesawat ke Kuala Lumpur itu dikhuatiri terbunuh.
Sumber berkata, pesawat tersebut dipercayai ditembak jatuh ketika memasuki ruang udara kawasan konflik antara kerajaan negara itu dengan puak pemisah pro-Rusia.