suria

PDRM Akan Terus Pantau Sindiket Judi Bola

Mohmad (kanan) menunjukkan peralatan judi yang digunakan ketika perlawanan akhir Piala Dunia baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menangkap 424 individu yang terlibat dengan sindiket judi bola sepanjang kojohanan Piala Dunia 2014 berlangsung.

Pengarah JSJ, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, tangkapan itu dibuat menerusi 828 serbuan dibuat oleh semua kontinjen termasuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dalam operasi 'Ops Soga V' sejak bermulanya Piala Dunia pada 12 Jun lalu.

"Daripada jumlah serbuan itu, 346 kes berjaya diselesaikan dengan melibatkan tangkapan terhadap 414 lelaki serta 10 orang wanita.

"Manakala anggaran nilai pertaruhan keseluruhan berjumlah RM 120,544,587.

"Suspek dikesan menjalankan operasi di pelbagai lokasi termasuk restoran, rumah, bilik khas serta siber kafe bergantung kepada jumlah judi masing-masing," jelasnya pada sidang media khas di Bukit Aman, Jumaat.

Sementara itu, Selangor mencatat jumlah perjudian tertinggi dengan 116 serbuan berjaya daripada 189 kes manakala Perlis hanya satu serbuan, melibatkan tujuh tangkapan tanpa sebarang wang tunai.

Polis turut merampas pelbagai peralatan judi termasuk komputer, komputer riba , telefon bimbit, Ipad, peralatan penyambungan internet serta wang tunai bernilai RM454,088.

Operasi seperti ini turut dijalankan di beberapa buah negara lain termasuk Vietnam, Hong Kong, Macau, China, Singapura dah Thailand.

Selain itu Mohmad berkata, pihaknya akan terus pantau aktiviti bookie bola sepak ini memandangkan Liga Perdana Inggeris dan Liga Eropah akan bermula Ogos depan.



judi, bookie, piala dunia, pdrm

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain