suria

Rekod Penyenggaraan MH17 Baik - MAS

Pesawat Boeing 777

KUALA LUMPUR: Pesawat B777-200 dengan nombor pendaftaran 9M-MRD untuk penerbangan MH17 pada 17 Julai 2014 mempunyai rekod penyenggaraan yang baik, menurut Penerbangan Malaysia (MAS) pada Jumaat.


Dalam kenyataan di sini, syarikat penerbangan negara itu menjelaskan bahawa pemeriksaan penyenggaraan terakhir pesawat itu ialah pada Jumaat lepas iaitu 11 Julai 2014 dan pemeriksaan seterusnya dijadualkan pada 27 Ogos ini.

"Penyenggaraan itu dijalankan di hangar MAS di Lapangan Terbang Antarabangssa KL (KLIA). Pesawat itu dalam keadaan baik," katanya.

Penerbangan MAS MH17, yang dalam jadual penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Khamis, terhempas di timur Ukraine.

Ia dijadual mendarat pada pukul 6.10 pagi Jumaat (hari ini) di KLIA.

Menurut MAS, pesawat itu dikeluarkan pada Julai 1997, dan telah memberi perkhidmatan selama 17 tahun.

"Ia merekodkan 75,322 jam dengan jumlah pusingan 11434. Semua sistem komunikasi di atas pesawat itu berfungsi seperti biasa, " katanya.


Boeing 777. MH17, MAS

Artikel Berikut

Artikel Lain