suria

MH17: Keluarga Mangsa Diberi Taklimat Di Marriot Putrajaya

Antara ahli keluarga mangsa pesawat MH17 berada di KLIA, Sepang, awal pagi Jumaat. - foto AZLINA ABDULLAH/THE STAR
SEPANG: Keluarga mangsa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) akan diberikan taklimat mengenai perkembangan terkini berhubung nahas MH17 di Hotel Marriot Putrajaya.

Sementara itu MAS turut membuka pusat operasinya di Hotel Shangrila Putrajaya bertujuan menyalurkan maklumat kepada keluarga krew MH17 mengenai tragedi malang itu.

Maklumat daripada sumber dalaman MAS itu bagaimanapun tidak menyatakan mengenai waktu taklimat berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat MH17, yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di timur Ukraine.

Beliau berkata setakat ini Malaysia tidak dapat mengesahkan punca tragedi dan berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh berhampiran sempadan Rusia, Khamis.

Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
pada pukul 6.10 pagi waktu tempatan.

taklimat, MAS, MH17

Artikel Lain