suria

Keluarga Harungi Tragedi Berganda MH370, MH17

Mary (kiri) dan Rodney menaiki pesawat MH370 yang hilang.
MELBOURNE: Sebuah keluarga di Queensland yang kehilangan anak lelaki dan menantu dalam tragedi Penerbangan MH370 pada Mac lepas, pada Jumaat meratapi kehilangan dua lagi anggota keluarga yang disahkan menaiki Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine.

Irene dan George Burrows dari Biloela, kira-kira tujuh jam perjalanan ke utara Brisbane, kehilangan anak, Rodney dan menantu, Mary, apabila Penerbangan MH370 yang dinaiki mereka untuk ke Beijing, hilang pada 8 Mac lalu.

Hari ini, cucu tiri perempuan mereka Maree dan suaminya Albert Rizk, dilapor antara 27 rakyat Australia yang menaiki Penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia, Khamis.

Rizk, seorang ejen hartanah dan isterinya yang tinggal di Sunbury, Melbourne dilapor dalam perjalanan pulang ke Australia selepas bercuti selama sebulan di Eropah.
MH370, MH17, MAS

Artikel Berikut

Artikel Lain