Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa amat dukacita yang tidak terhingga atas insiden yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu yang terhempas di Ukraine Khamis lalu.
"Sesungguhnya negara Malaysia pada ketika ini sedang bersedih dengan tragedi ini," titah baginda dalam satu kenyataan di sini Ahad.
Baginda berdua menyeru rakyat Malaysia agar berdoa supaya anggota keluarga mangsa diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi situasi yang amat sukar ini.
Pesawat Boeing 777 itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine, pada Khamis lepas.