suria

Alam Flora Kerah 14 Jentera Sempena Aidilfitri

KOTA BAHARU: Syarikat pengurusan sisa pepejal, Alam Flora Sdn Bhd pada Selasa mengerakkan 14 buah jentera serta 15 kakitangannya bagi menjalankan kerja-kerja kutipan sisa buangan dan pembersihan awam sekitar bandar ini sebagai melaksanakan khidmat sosialnya sempena sambutan Aidilfitri ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Zain Hassan berkata, program usaha sama dengan Majlis Perbandaran Kota Baharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) itu adalah program susulan selepas penyerahan sejumlah 320 unit tong sisa mudah alih, sebelum ini.

"Program ini akan dilaksanakan seminggu sebelum dan seminggu selepas raya bagi mewujudkan persekitaran lebih bersih dan terurus sepanjang musim perayaan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Majlis Bantuan Alam Flora kepada MPKB-BRI di sini, Selasa.

Abdul Fatah (kiri) melihat operasi lori pembuangan sampah pepejal sambil Mohd Zain memberi penerangan lanjut.

Katanya, mengikut pengalaman lepas, 45 peratus daripada jumlah sampah yang dikutip sepanjang musim perayaan adalah sisa makanan dan sisa pukal.

Mohd Zain turut menjangkakan peningkatan sisa buangan secara mendadak sepanjang Aidilfitri dan berharap kerjasama dengan MPKB-BRI itu dapat mengelak berlaku jangkitan penyakit serta memastikan penduduk Kota Baharu dapat menikmati alam sekitar yang lebih bersih dan selesa.

Alam Flora Sdn Bhd, Aidilfitri

Artikel Berikut

Artikel Lain