suria

Mayat Mangsa Nahas MH17 Dijangka Tiba Di Belanda Malam Ini

Kereta api yang membawa mayat mangsa nahas MH17 tiba di bandar Kharkiv pada Selasa. Foto EPA

PETALING JAYA: Sebahagian mayat mangsa nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dijangka tiba di pangkalan udara Eindhoven di Belanda pada malam Rabu.

Menurut laman web kerajaan Belanda, mayat-mayat itu dijangka tiba pada pukul 4 petang (10 malam waktu Malaysia) dan sebahagian waris mangsa akan berada di pangkalan udara berkenaan.

Raja Belanda, Willem-Alexander dan Perdana Menterinya, Mark Rutte dijangka hadir selain wakil-wakil dari negara yang mana rakyatnya mangsa nahas MH17.

Menurut laman web itu, mayat-mayat berkenaan akan dibawa ke berek Korporaal van Oudheusden di Hollandsche Rading.

Kesemua 298 penumpang termasuk 15 anak kapal maut dalam nahas pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lalu.  

MH17, MAS, Penerbangan Malaysia

Artikel Lain