suria

60 Pelajar Miskin, Anak Yatim Teruja Pilih Kelengkapan Hari Raya

Ketua Pergerakan Puteri Umno Kelantan Marzuani Ardila Ariffin (tiga, kanan) membantu anak yatim Akilah Mohd Sakil, 7, (tengah) mencuba baju ketika dibawa membeli-belah kelengkapan pakaian raya di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu, Rabu. Foto BERNAMA

KOTA BHARU: Sebanyak 60 pelajar miskin dan anak yatim dari Parlimen Ketereh teruja kerana berpeluang memilih sendiri kelengkapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut minggu depan. 

Kegembiraan mereka dapat dilihat ketika dibawa membeli-belah oleh Pergerakan Puteri Umno Parlimen Ketereh di sebuah pasar raya besar di sini, Rabu.

Nik Norazizah Nik Kob, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Melor, berkata ini merupakan kali pertama beliau diberi peluang memilih dan mencari pakaian raya yang diinginkannya untuk menyambut lebaran. 

“Sebelum ini keluarga saya hanya menerima wang zakat sahaja dan hari ini buat kali pertama saya dibawa untuk memilih sendiri baju, tudung dan barangan lain yang diperlukan semasa menyambut Aidilfitri," katanya kepada pemberita semasa ditemui di pasar raya itu.

Aqilah Mohd Shakir, 17, sepertimana rakan-rakannya yang lain, nyata gembira dapat memilih baju raya pilihannya sendiri.

"Sangat berterima kasih kepada pihak yang membantu dan saya rasa tidak sabar untuk menyambut raya," katanya. 

Sementara itu, Ketua Puteri Umno Ketereh, Marzuani Ardilla Ariffin berkata, RM7,500 diperuntukkan untuk membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan dan lima sekolah terpilih di kawasan Parlimen berkenaan.  

Jelasnya, ia merupakan acara tahunan Pergerakan Puteri Umno Ketereh.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain